SEBUAH KISAH
Suatu hari, Jalaluddin al-Rumi menceritakan bagaimana seorang lelaki tua yang sedang menaiki kuda, ternampak seorang anak muda sedang tidur lena di bawah sebuah pohon pada tengah hari yang panas terik. Begitu lena, hingga mulutnya terngaga.
Sungguh mengejutkan, tatkala lelaki itu melihat seekor ular berbisa sedang merayap dan seterusnya masuk ke mulut si anak muda dan terus ke perutnya. Dengan pantas, lelaki itu mengambil sebatang kayu dan terus membelasah lelaki itu hingga beliau terjaga kesakitan, terkejut, trauma dan kebingungan.

“Makan epal busuk itu kalau mahu selamat!” kata si lelaki tua.
“Jangan pukul saya!” anak muda itu cuba melarikan diri.
Si tua mengejarnya dan terus memukul.
“Makan epal busuk itu kalau mahu selamat!” tegas lelaki tua itu lagi.
Si anak muda yang kesakitan menjamah epal busuk yang bertaburan di atas tanah, menahan bau busuk epal itu, yang sesetengahnya berulat.
“Jangan berhenti. Makan lagi!” tegas si tua misteri itu.
Akhirnya si anak muda yang sudah tidak tahan dengan rasa epal busuk dan baunya yang mengembangkan tekak, beliau termuntah-muntah. Alangkah terkejutnya beliau, keluar bersama muntah epal busuk itu seekor ular berbisa yang nyaris-nyaris meragut nyawa si anak muda yang alpa.
“Maafkan saya!” si anak muda memeluk lelaki tua itu.
Sangkanya si tua itu lelaki gila. Memukulnya dan memaksa beliau memakan epal. Bukan epal ranum tetapi epal busuk. Rupa-rupanya ada ular berbisa di perut si anak muda, yang beliau tidak tahu, hanya kerana sifatnya yang alpa dan bermimpi di tengah hari.
Epal busuk itulah yang banyak dalam tulisan orang tua bernama Abu Saif ini!
Supaya tidak meleret panjang, izinkan saya membuat kesimpulan berikut:
CARA YANG SANGAT BERKESAN UNTUK MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN MANUSIA IALAH:
- Memusnahkan perkahwinan kerana singkat akal dan lemah pertimbangan.
- Menolak perkahwinan kerana takut akan memusnahkan perkahwinan kerana singkat akal dan lemah pertimbangan.
Dan kedua-dua itu adalah cara berfikir seperti robot… yang cuba menafsirkan si tua yang masih ‘analog’ ini!
p/s: kisah yang berkait rapat dengan penulis sekarang ini

gambar sekadar hiasan
Alhamdulillah atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada diriku dan keluargaku selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda…banyak betul benda berlaku 2 3 minggu ni. minggu lepas, alhamdulilah ana dan ukht su dapat teruskan perjuangan meneruskan usrah. tapi kali ni lain macam sikit. ana bersyukur sangat digandingkan dengan ukht su yang penuh dengan pemikiran positif dan supportive. seruan sahabat-sahabat agar menjadikan adik2 usrah sebagai’ kawan’ kali ini benar-benar ku rasakan penting. 1 jam penuh kami bertaaruf sahaja. banyak betul perkara yang ana tak tahu pasal mereka. Alhamdulillah akhirnya berpeluang juga ana berkenalan rapat dengan mereka.
Sudah lama ana tak pegang usrah, kali terakhir, 1 setengah tahun yang lepas. Dengan apa yang ana ada sekarang, ana harap ana, dapat menghayati konsep da’wah ni. jadi naqibah bukan untuk nak tunjuk siape yang lebih pandai agama dan berkata-kata, tapi apa yang ana nampak, tujuannya adalah untuk kite bawak adik-adik untuk faham islam seperti kita malah lebih dari kita. dan kedua, untuk diri kita, merealisasikan tuntutan syahadah ketika mana kita mula faham bahawa kita telah menjadi saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah.. maka dengan tuntutan ini la kita kena ‘bergerak’…sebab ana nampak, islam lah satu-satunya cara hidup yang paling menenangkan dan paling sempurna.
Perkara kedua yang berlaku pada ana baru-baru ni adalah berkaitan dengan jodoh. bukan ana nak kata ana dah jumpa jodoh, tapi ana nak ingatkan semula pada diri bahawa hati manusia ni Allah yang pegang. Hati manusia boleh berubah 180 darjah tanpa sebab dan musabab. ‘Kun fayakun’ ..kalau Allah kata jadi, jadilah. Pengalaman yang banyak mengajar ana banyak mematangkan fikiran ketika ada keperluan membuat keputusan. Kesimpulan besar yang ana nak share dengan pembaca adalah dengan satu kata-kata yang ana sangat terpegun.
ana kutipkan kata-kata beliau ini yang terdapat dalam buku Hadits Tsulasa, halaman 629..Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantika, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah..’
Rumah tangga merupakan lahan amal. Rumah tangga juga menjadi markaz dakwah. Perjalanan kehidupan rumah tangga para aktivis dakwah bukan hanya dipenuhi romantika semata, tetapi juga diwarnai oleh semangat beribadah, beramal dan berdakwah. Sebuah perjalanan rumah tangga yang bersama-sama dalam memikul beban hidup dan beban dakwah. Subhanallah!
same-samelah kita muhasabah diri. Selama ini, ana sentiasa berdoa agar jodoh ana adalah dari kalangan yang faham dan dapat membenarkan ana meneruskan misi da’wah yang takkan putus-putus sampai bila-bila disamping sifat supportive dalam perkara-perkara da’wah dll. Namun, andai Allah takdirkan hidupku seorang diri, MAKA tak adalah yang berubah melainkan ana nak dapatkan keredhaan Allah sahaja dalam hidup ini. Pernah satu ketika dahulu, seorang Dr memesan kepada kami di satu daurah,
“mana yang lebih penting? berkahwin tanpa mendapat keredhaan Allah? atau ditakdirkan keseorangan tapi keredhaan Allah melimpah keatas diri kita?di sana menanti nikmat yang tidak terhingga”
Berderau darah ana mendengar teguran seorang aktivis da’wah yang cukup ana kagumi ini. Tegas betul teguran yang diberikan kepada kami pabila ditanya kan kepadanya bagaimanakah beliau menguruskan urusan da’wah (jemaah) setelah berumahtangga. Kisah golongan yang tercicir di jalan da’wah ini sudah banyak diperkatakan. Namun, doa..doa..dan doa sahaja yang mampu mengingatkan diri sendiri akan manisnya jalan da’wah ini agar ia diteruskan.
okey, ana kena sambung study..allahualam
‘Ya Allah, anugerahilah daku teman setia yang tulus lagi dapat meluruskan fitrahku, wahai Tuhan yang menguasai nikmat’
JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA,UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisiku waktu susah dan senang ku…NAJWA..akan ku ingat persahabatan kita ini..moga ukhuwah kita hingga ke syurga
Kukirimkan satu dendangan buatmu..
****

Bismillah…saya mulakan penulisan ini dengan nama Allah..moga Allah berkati sisa hidup kita yang saat ini penuh dengan kesibukan. ya Allah..dah lamanya tak update blog . Sekali lagi, nak istiqamah dalam penulisan ini bukanlah senang..memandangkan kerja-kerja jemaah dan bebanan pelajaran berlipat kali ganda nampaknya. ‘Ala kulli hal, saya akan sedaya upaya ya Allah..untuk selesaikan urusan dan amanah mu ini.
Alkisahnya, penulis ingin sekali berkongsi pengalaman buat pertama kalinya menjadi baby sitter beberapa postgraduate (abang dan kakak-kakak yang penulis kenali sebagai aktivis dakwah di bumi ‘celtic’ ini). Alhamdulillah, kelmarin, hari yang amat padat untukku. namun Allah pilih diriku untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sering kali penulis dikisahkan mengenai anak-anak pejuang islam yang tercicir dalam kesibukan ibu dan bapanya. Namun berbeza betul mereka seolah-olah anak-anak ini telah dididik ibu bapa yang bergelar ustaz dan ustazah.Kehadiran penulis sebagai ‘Achik’ kali pertama ini tidaklah menjadikan penulis begitu kekok kerana kanak-kanak memang hatinya bersih , bersih dari dosa..sejuk mata memandang, riang rasa hati melihat tingkah laku mereka. Mereka sangat senang menerima kita, kita pun senang menerima mereka. Ya Allah rindunya penulis pada faisal, sholehah, zulfa,inaz, adawiyah,fatini, noaim, dan ryan. kelakar melihat gelagat mereka. bertuah ibu bapa mereka ya.
Ketika waktu Zohor , achik-achik mengajak mereka yang dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun untuk solat. Terus sahaja faisal berkata ’i wanna be imam’..’should I do iqamah’ ..namun ketika masing-masing memulakan solat, imamnya si faisal,’ sunyi’ sahaja, tanpa perkataan ‘Allahuakbar’ dijaharkan ,tapi pergerakannya masih dapat diikuti rakan-rakannya yang lain. Yang peliknya, bilangan rakaat adalah betul. ‘Subhanallah …bagusnya didikan ibu bapa budak ini’ Bisik hatiku. Memang pada mulanya nak tergelak tapi mereka ini tersangat la comel.
Begitulah rentetan kisah penulis pada minggu ini setelah berbulan lamanya meninggalkan blog. Tergerak untuk menulis setelah sekian lama kerana incident tertentu yang menimpa diri penulis. Antaranya kisah seorang rakan penulis, yang juga guru saya, moga Allah berkati hidup cikgu dan terus kuatkan dan tabahkan hati cikgu dalam perjalanan ini. Ameen ya Allah. Dan terakhir mengenai keputusan mid term yang penuli dapat baru-baru ini benar-benar menguji ketabahan hati. ‘Iftah ‘alaina futuhal ‘aarifin, Allahummar Zuqna fahman nabiyyin, wa hifzhol mursalin, wa imaani muttaqin..birahmatika ya arhaman rahimin’
ALLAHUAKBAR! MENUJU PUNCAK
Bermulanya jaulah kami bukanlah ke Sinai, namun kesan yang begitu mendalam menyebabkan jari jemari ni tak sabar-sabar nak menceritakan perjalanan jaulah tersebut. Hari khamis, hari terakhir kelas kami pada minggu tersebut. Walaupun terpaksa mengambil cuti separuh hari, namun hati ini tidak terlalu pula menyesal ataupun sedih kerana ustaz hamadah yang kami hormati begitu beria-ia meredhakan kami pergi dan acap kali menyebut inna saina jamil jiddan(sinai cantik sangat). Terlalu cantiknya dan tak tercerita ustaz kami mengenai saina.Siap dah list kat board tempat-tempat yang bakal atau perlu kami jejaki:
- Dir saint katirin
- ‘uyun musa
- jabal tur
- ra’su muhammad
- al ghurdaqah
- mira’ allati tahil fi ‘arish
Dalam 6 tempat ni, saya tak faham 3 tempat terakhir yang disebutnya. rasa rugi sangat bila tak bertanya balik namun apakan daya, kelas hari tu kami agak keletihan dan banyak nahu yang diajar.
Alkisahnya sewaktu memanjat Jabal Tur salah seorang dari kami ditimpa lelah yang mana memang kalau tak ada ubat , sampai ke subuh la tak sampai-sampai.Allahuakbar! Allah Maha Besar . itulah salah satu dorongan yang menguatkan kami berempat untuk teruskan juga pendakian kami walaupun jam menunjukkan kami dah lewat 1 jam! Targetnya kami perlu sampai sbelum subuh.Allahu Akbar..bukan sekadar sebutan namun satu doa yang kalau difikir semula besarnya kesan pada saya sampai sekarang. Ustaz S walaupun dalam sempoi-sempoi sempat lagi mengingatkan kami, dengan zikrullah seperti itu..katanya dengan menyebut Allahu akbar, moga-moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk sampai ke puncak sana. Nampak simple but it gives a huge impact. Buat sadiqati umaimah, jazakillah banyak sangat pimpin diri ini yang tak larat nak mendaki.
Acap kali kami diingatkan dengan pentingnya untuk kita menyelami perasaan nabi Musa a.s yang mana pendakiannya ke Jabal Tur bukanlah suatu pendakian yang sia-sia malah telah mendekatkan dirinya dengan Allah. Terus menerima wahyu yang Maha Hebat di sana. Allahuakbar!Setiap kali kami berhenti seketika, terfikir saya bagaimana gigihnya nabi Musa a.s mendaki bukit setinggi ini semata-mata nak mendekatkan diri padaNya. Kalau adik badwi,’Dali’ kata paling cepat dia ambil masa untuk naik Jabal Tur 50 minit!Masakan kakak-kakak ni boleh naik sampai 4 jam setengah.MasyaAllah..kagum seketika pada adik tu.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itulah sahaja pekerjaan mereka sebagai guide di sinai. Solat subuh di atas Jabal Tur benar-benar meninggalkan satu ketenangan buat hati ini yang kian lama sudah tenggelam ditelan dek zaman.Astaghfirullah…Allahu Akbar!
KISAH NABI MUSA A.S
Surah Al A’raaf [142-160]
[7.142]Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya yaitu Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan.”
[7.143]Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau”. Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku”. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertobat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman”.
[7.144]Allah berfirman: “Hai Musa sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur”.
[7.145]Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu; maka (Kami berfirman): “Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasik.
[7.146]Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat (Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.
[7.147]Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan menemui akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan.
[7.148]Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (emas) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang lalim.
[7.149]Dan setelah mereka sangat menyesali perbuatannya dan mengetahui bahwa mereka telah sesat, mereka pun berkata: “Sungguh jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan tidak mengampuni kami, pastilah kami menjadi orang-orang yang merugi”.
[7.150]Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia: “Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu?” Dan Musa pun melemparkan luh-luh (Taurat) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya. Harun berkata: “Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang lalim”.
[7.151]Musa berdoa: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang”.
[7.152]Sesungguhnya orang-orang yang menjadikan anak lembu (sebagai sembahannya), kelak akan menimpa mereka kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan di dunia. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang membuat-buat kebohongan.
[7.153]Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertobat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah tobat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[7.154]Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) luh-luh (Taurat) itu; dan dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhannya.
[7.155]Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk (memohonkan tobat kepada Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digoncang gempa bumi, Musa berkata: “Ya Tuhanku, kalau Engkau kehendaki, tentulah Engkau membinasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah Engkau membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang kurang akal di antara kami? Itu hanyalah cobaan dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah Yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah Pemberi ampun yang sebaik-baiknya”.
[7.156]Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertobat) kepada Engkau. Allah berfirman: “Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami”.
[7.157](Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.
[7.158]Katakanlah: “Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk”.
[7.159]Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk (kepada manusia) dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan.
[7.160] Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu!”. Maka memancarlah daripadanya duabelas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman); “Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepadamu”. Mereka tidak menganiaya Kami, tetapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri.
Allahua’alam
Bismillahirrahmanirrahim…berakhir sudah sebulanku di bumi mesir bak kata kak nadia bumi yang penuh ‘Mehnah, Sabar, Redha’. Rasa singkat sangat diriku berada di sana untuk mengutip permata berharga di sana. Sebulan kelas intensif bahasa Arab di markas sibawayh benar-benar menguji diriku..mana taknya, 7.30 pagi sampai 6 petang kelas! (eh exaggerate je lebih..sebenarnya ada je time untuk istirahah hehe)
alhamdulillah, bersyukur sangat dapat pengalaman belajar di bumi anbiya’ ni walaupun hanya sebulan. insyaAllah untuk entry bulan ni, penuh la blog ni dengan pengalaman-pengalaman di sana. bukan tak mahu simpan sendiri-sendiri, tapi saya yakin ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang nak tahu apa perasaan duduk kat mesir sebulan. bukan sekadar jaulah, malah banyak sangat pengalaman yang dapat dikongsi bersama. insyaAllah moga bermanfaat buat teman-teman,adik-adik dublin yang tertanya-tanya apa perasaannya belajar bahasa di mesir.
NILAIAN MANUSIA
Mesir, negara yang dikenali dengan bumi anbiya’ dan bumi firaun, terletaknya di bahagian timur laut benua afrika. Walaupun famili sendiri memiliki satu persepsi tersendiri tentang mesir namun hati kuatkan jua untuk melangkah ke airport kaherah seterusnya menghabiskan sebulan pada cuti summer kali ni. bersama-sama, sahabat yang terlalu istimewa terlalu banyak hikmah di dalamnya , sadiqati umaimah. (panggilan ustaz dalam kelas)
Kehidupanku di dublin selama 2 tahun yang lalu jika ingin diimbau kembali, terlalu banyak lompong-lompong keimanan dalam diri. Apa yang paling ditakuti adalah penyakit hati yang mana jika sudah berkarat makan hilanglah kemampuan qalbi untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil. hambaMu yang hina ini sekali lagi tersentak dari kepompong jahiliah yang meliputi diri ini buat kedua kalinya. Alhamdulillah..kepulanganku ke malaysia kali ini meninggalkanku kesan yang tak tergambar dengan kalimat yang ku ukir di sini.
Sekali lagi, kita ni manusia yang sering tersasar kayu ukurnya. Hanya berhasrat memancing redha manusia namun kerap kali lupa akan pemilik hakiki redha itu. Namun, wahai diri, kuatkan semangat mu demi mencari keredhaanNya. Mungkin esok lusa..nikmat kesihatan, dan nyawa yang Allah pinjamkan ini dipulangkan semula..allahu’alam
Allah Maha Kaya..Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaNya
Allah!
Buat kedua kalinya, saya berblog semula.
Bukan sengaja diri ini meninggalkan dunia blog suatu masa dahulu dek kerana dilema diri mengapa perlu menulis sedangkan diri tidak istiqamah mana.Namun kali ini dengan semangat baru dan niat yang jadid dan waadhih, saya gigihkan jua. Bukan senang nak mengetuk jari jemari di papan keyboard ini lebih-lebih lagi dah nak naik tahun yang bakal menyaksikan kesibukan yang berlipat ganda.
Menulis bukan kepakaran saya nombor satu, menjahit , membaca dan memasak mungkin hobi yang paling saya minati namun kalau bukan kerana dakwah itu luas dan tersebar luas dengan kalam, saya gigihkan jua untuk diri sendiri, sahabat diluar sana yang sudah lama tidak bersua, teman yang bergerak di landasan yang sama, mahupun teman yang melalui wadah yang berlainan.tunjuk ajar kalian amat diharapkan. mungkin perkongsian idea dapat dimanfaatkan bersama, siapa tahu.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan blog BILA KALAM BERBICARA
Jemput-jemputlah ke usang lama saya